SEJARAH PENUBUHAN
D
Samba Catering merupakan perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh Baizura
Arif Enterprise (001903655-X). Syarikat ini mula didaftarkan pada awal Oktober
2009, bagi menjalankan perkhidmatan katering dan restoran.
Syarikat
kami (Baizura Arif Enterprise) telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia (K2209719665872162) dalam bidang bekalan/perkhidmatan, telah diiktiraf
sebagai Syarikat Bumiputera (BP2209719665872162) oleh Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF). Kami juga telah berdaftar secara rasmi dengan UKM (L22296)
& UPM (BA000097) bermula pada Mac 2011 dan telah memberikan perkhidmatan
untuk agensi berkenaan.
D Samba Catering telah
memulakan operasi perniagaan pada awal
Oktober 2010 dan menjalankan operasi di No 1, Jalan Casa Mekar 1, Taman Casa
Mekar, Sungai Merab, Bandar Baru Bangi. Namun dengan perkembangan perniagaan
dan kapasiti pembekalan makanan yang semakin meningkat kami telah menjalankan
perniagaan di premis baru beralamat di Lot 16, Jalan Pinggiran Putra, Desa Pinggiran Putra, 43000
Kajang,Selangor.
Kami kini membuka cawangan di Kelantan beralamat seperti
berikut : Lot 49, Kampung Bukit Bunga, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
D
Samba Catering bersedia untuk memberikan perkhidmatan katering untuk agensi
kerajaan,badan berkanun,agensi swasta,orang perseorangan dll. Kami juga
bersedia dan mengalu-alukan agensi-agensi lain serta perseorangan untuk
mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari kami.
Dengan
motto “Pasti umph..” kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan. Kami akan berusaha
memberikan jaminan kualiti,keenakan dan kebersihan perkhidmatan yang
akan diberikan.